CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

Pilihan raya TERHEBAT DI KUALA TERENGGANU..~

mane satu pilihan hati korang..


Hehe..
amboii..
hari nie..
jalan jem giler..
ramai sgt org berkeliaran..
macam2 peseng..(peseng mean ragam)
hehe..
aku jgk yg tension nyer..
nk kua umh pun jln sesak sgt2..
dpn umh aku lg laaa...
jem..jem..jem..
tension laa...
huhu..akhirnya..
nielaa keputusan yang telah dibuat...

Pakatan tambah kerusi di parlimen, PAS tawan KT dengan majoriti 2631 undi

17 Jan 2009 7:01PM

Keputusan rasmi

BN: 30,252
PAS: 32,883
BEBAS: 193

MAJORITI: 2631

CALON Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi.

Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi. / Bernama, BH

BERITA SEBELUMNYA

9.30 malam: Perkarangan Stadium Tertutup Kuala Terengganu semakin padat dipenuhi para penyokong PAS untuk meraikan kemenangan PAS yang sah menewaskan BN. Majoriti dijangka sekitar 2000 undi. Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke pusat penjumlahan undi.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut kelihatan tiba di pusat penjumlahan undi di Stadium Tertutup Kuala Terengganu. SPR dijangka akan umumkan kemenangan Wahid bila-bila masa dari sekarang.

Sumber KLpos yang baru menghubungi pengarang mengesahkan PAS jauh mendahului BN dari kiraan undi hampir 3000 undi. Wakil kami yang berada di pusat penjumlahan undi mengesahkan PAS menang.

BERITA SEBELUMNYA

TINGGAL berbaki 3 peti undi yang masih belum dikira PAS telah memperolehi 31,912 undi manakala BN 29,530. Laporan diperolehi dari sumber rasmi SPR.

9.05 malam: Penyokong pembangkang PAS, PKR serta Pakatan Rakyat mula memenuhi Stadium Negeri bagi mendengar keputusan rasmi dan dijangka untuk berkumpul untuk merayakan kemenangan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

9.00 malam: Dari pusat pengiraan undi bebas menunjukkan Pas hampir pasti memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti seperti diramalkan sebelum ini sekitar 1,000 undi sahaja.

Sehingga ini pusat berkenaan telah mengumpul maklumat (mengira) di hampir semua peti-peti undi.

Hanya kurang 10 peti undi tersisa yang belum dihitung. Kalau pun peti undi itu berpihak kepada BN dan kedudukan ini tidak mengubah nasib BN.

Paling-paling yang mungkin dilakukan BN ialah dengan mengurangkan majoriti Pas pada tahap di bawah 500 undi. / mso

BERITA SEBELUMNYA

SETAKAT 8.45 malam dengan baki kiraan sekitar 7000 undi PAS dilihat seakan-akan memenangi pilihanraya kecil kali ini. Namun keputusan rasmi bakal diketahui sekitar jam 10 malam nanti.

BERITA SEBELUMNYA

Malaysiakini melaporkan PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

BERITA SEBELUMNYA

SETAKAT jam 8 malam PAS telah mendahului dengan lebih seribu undi setelah lebih 40 ribu undi dikira.

BERITA SEBELUMNYA

SETAKAT jam 7 malam PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan margin yang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

Proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini kini sedang berlangsung dengan hampir 80% pengundi telah keluar mengundi hari ini.

Undi sedang dikira di pusat-pusat mengundi yang dijangka akan mengambil masa kira-kira dua jam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd, Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan yang keluar mengundi pada hari ini adalah sebanyak 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.


Takbir!.. Trend pengundi masih sama sejak 8 Mac. KT ulangi sejarah Permatang Pauh


Suasana hari mengundi penyokong PAS


Pakcik melalui susunan menarik bendera BN

0 ulasan: